Tak ‘on’ pun!

GADIS didakwa berusia 16 tahun yang tular selepas gambar kurang s0pan bersama penyanyi Aliff Aziz tersebar menegaskan mereka tidak membuat perkara terkvtuk seperti yang didakwa warganet.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Nismel mengaku ada merakamkan gambar terbabit selepas mengenali penyanyi itu di sebuah pesta tertutup.

“Saya mengaku walaupun merakam gambar bersama Alif, saya tak ada buat apapun. Saya kenal Alif ketika pesta tertutup. Saya masih tahu batas.

“Semua ini berpunca kerana dengki sehingga gambar itu menjadi pencetus g0sip. Sampai saya buat live pun mereka rakam sebab iri hati saya bergambar dengan artis dan memburvkkan saya,” tulisnya.

Dik3cam teruk net!zen, Nismel tampil memohon maaf kepada orang ramai dan menjelaskan perkara sebenar.

“Saya minta maaf hingga jadi kes sebesar ini. Saya tak tahu macam mana nak betulkan semua ini.

“Apa yang berlaku ini berpunca daripada kawan yang dengki hingga muat naik macam-macam. Kalau nak tahu kebenaran boleh tanya Alif sendiri,” tulisnya.

Terdahulu Aliff didakwa cu rang buat kali ketiga selepas gambarnya berswafoto dengan tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian s3ksi tular hari ini.

Selain gambar, turut tersebar ialah satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.

Pada 2017, Aliff mencetus kontr0versi apabila berlaku curang dengan keluar berhibur bersama pelakon Afifah Nasir di pusat karaoke.

Februari lalu, Aliff sekali lagi mencetus kontr0versi apabila keluar bersama pelakon Oktovia Manrose seperti didedahkan Bella.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *