tak boleh main tempat sendiri

BADAN induk bola sepak dunia FIFA mengarahkan Iraq selaku tuan rumah dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 bermain di gelanggang berkecuali atas faktor keselamatan di negara itu.

Iraq bermain di laman sendiri selama lapan tahun melayan kunjungan Hong Kong pada aksi kompetitif pertama kelayakan Piala Dunia di bandar selatan, Basra, bulan lalu.

Dua perlawanan bulan ini juga dijadualkan diadakan di venue terbabit.

Iraq kini perlu mencari venue alternatif untuk perlawanan menentang jiran, Iran pada 14 November dan Bahrain lima hari kemudian.

FIFA menyatakan perkara itu dalam kenyataan e-mel yang membuat keputusan bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan penilaian terhadap situasi terbaru di Iraq.

Iraq yang kali terakhir beraksi pada Piala Dunia 1986 menduduki tangga teratas Kumpulan C pada saingan pusingan kedua kelayakan Asia dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan untuk berada di depan Bahrain dengan perbezaan jaringan.

Lapan pemenang kumpulan mara ke pusingan ketiga pusingan kelayakan bersama empat naib juara yang memiliki rekod terbaik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.