Syafiq Ahmad Terlibat Dalam Kem@langan

NIBONG TEBAL: Peny3rang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kema@langan yang meng0rbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, turut maut ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina  Nur Ain, 25, dilaporkan ced3ra pa rah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kec3masan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, sebuah kereta pelbagai guna jenis Toyota Vellfire berwarna hitam didapati re muk teruk selepas dipercayai terbabas dan mel@nggar pembahagi jalan.

“Terdapat enam mang sa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit di dalam kenderaan itu. Pasukan bomba kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mang sa yang tersepit menggunakan peralatan khas,” katanya kepads pemberita di sini.

Menurut beliau, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Tiga mang sa disahkan men!nggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Tambah beliau, operasi yang dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan kira-kira pukul 6.12 pagi. – UTUSAN ONLINE

1 Trackback / Pingback

  1. keto friendly snacks

Comments are closed.