Sumareh Mendedahkan

Masih ingat lagi bagaimana Mohamadou Sumareh meraikan jaringan kemenangan skuad negara ke atas Thailand pada November lalu? Jaringan itu didedikasikannya kepada bapanya yang kali pertama turun ke stadium dan melihatnya bermain bola.

Ketika itu, apa yang diceritakannya adalah bapanya tidak merestui pilihan kariernya untuk bermain bola sepak. Dan pada malam tersebut, beliau telah membuatkan bapanya berasa bangga dan gembira dengan penampilannya bersama skuad negara.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkara itu, Sumareh mendedahkan bukan sahaja bapanya tidak merestuinya untuk bermain bola sepak, malah beliau telah melarikan diri daripada rumah untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi pemain profesional.

Sebelum itu, Sumareh merupakan pelajar jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej SEGI dan telah menamatkan pengajian pada 2012. Bapanya mahukan beliau meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dalam jurusan yang sama selepas itu.

Apa yang berada di minda bapanya, Sumareh bakal mengambil alih perniagaan perabot milik keluarganya satu masa nanti. Begitupun, Sumareh juga memiliki perancangannya yang tersendiri kerana apa yang diminatinya hanya bola sepak.

Sumareh pernah berkongsi ketika kecil, beliau bermain bola sepak dengan menyusun selipar di lantai dan kemudian mengelecek ‘mereka’, dengan dinding sebagai rakan sepasukan sebelum mula bermain bersama rakan-rakan di lorong-lorong.

Pemain berusia 25 tahun itu kemudiannya telah mengambil langkah berani, melarikan diri daripada rumah dan mencuba nasib bersama PDRM FA. Dan di situlah kisahnya bermula dengan menandatangani kontrak pertamanya pada usia 18 tahun.

“Walaupun saya telah tinggal di Malaysia sejak berusia 12 tahun, saya diuji sebagai pemain import. Berbanding pemain import lain yang memiliki saiz dan pengalaman, saya hanyalah seorang pemain yang kurus dan tinggi,” ujarnya kepada The Star.

“Ada juga pasukan-pasukan dan ejen yang bertanya, adakah saya serius? Ya, saya pernah berlatih di akademi tetapi saiz fizikal saya menjadi penghalang. Selepas beberapa percubaan, saya akhirnya meraih kontrak bersama PDRM,” tambahnya.

Namun, ia tidak seindah yang diimpikannya. Pada perlawanan pertama, beliau mengalami keced3raan ACL. Begitupun, beliau sangat bersyukur PDRM tidak menamatkan kontraknya seperti kelaziman nasib pemain import yang ced3ra.

“Bayangkan, sepanjang setahun tidak pernah bercakap dengan bapa anda dan akhirnya anda pulang dengan kega galan. Selalunya, pemain import akan dilepaskan apabila mengalami keced3raan seperti ini. Saya ingat nasib saya akan sebegitu.

“Sudah tentu saya tidak mahu pulang kepada keluarga dan bapa saya dengan kega galan. Impian saya adalah untuk buktikan yang saya boleh berjaya dalam bola sepak ketika saya memilih untuk mening galkan rumah,” ceritanya lagi.

Namun, itu hanyalah sementara. Selepas itu, kariernya berjalan lancar dan akhirnya telah melonjak naik bersama Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh. Di mana ada Dollah Salleh, di situ ada Sumareh. PDRM, Perlis dan kini bergabung di Pahang.

Ahli keluarganya tidak pernah berkongsi banyak mengenai kejayaannya dalam bola sepak kepada bapanya. Malah, bapanya lebih banyak mendengar kisahnya daripada orang lain sebagaimana kisah bapanya dengan pemandu-pemandu teksi.

“Beliau [bapanya] pernah bertanya tentang saya kepada pemandu-pemandu teksi dan mereka banyak berkongsi cerita yang baik mengenai saya. Ketika akhirnya bertemu dengan saya, beliau berkata yang saya berjaya buktikan dirinya salah.

SUMBER: SEMUANYABOLA

“Selepas saya berkongsi kisah saya kepadanya, beliau menangis kerana saya tiada wang ketika melarikan diri daripada rumah,” ujar Sumareh sambil menjelaskan beliau memahami niat bapanya yang mahu melihat hidup anaknya lebih baik.

Jika pemain yang telah tampil 19 kali bersama Harimau Malaya itu mengikut kehendak bapanya meneruskan pengajian ke peringkat ijazah dan meninggalkan dunia bola sepak, adakah ketika ini Sumareh akan bergelar usahawan perabot?