Sumareh jadi mangsa

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh menjadi mangsa akaun palsu di laman sosial Facebook.

Laman Fabook berkenaan menggunakan nama Sumareh dan sudah mendapat lebih 34,000 pengikut.

Sumareh menerusi akaun Instagram miliknya bagaimanapun menegaskan laman berkenaan sebagai akaun palsu.

“Fake account (akaun palsu),” kata Sumareh di Insta Story beserta gambar akaun terbabit.

Difahamkan akaun berkenaan sengaja diwujudkan individu tertentu bagi menarik pengikut yang ramai di media sosial.

Berdasarkan semakan BH Sukan, akaun berkenaan turut menggunakan beberapa gambar dan video membabitkan pemain Pahang itu.

Sumber : BH

Bukan sahaja Sumareh, beberapa bintang bola sepak sebelum ini turut menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan nama mereka sebagai akaun di media sosial.