Sumareh Bersalah dan Di Kenakan Hukuman

KUANTAN: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengenakan hukuman g@ntung dua tahun ke atas pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak selepas didapati bersalah mel@nggar terma kontrak dengan badan induk itu.

Pada sesi pendengaran perbicaraan kes Sumareh yang dipengerusikan Rizal Chek Hashim di sini hari ini, sebanyak empat pertuduhan dikenakan terhadap Sumareh seperti yang dilaporkan oleh PBNP dan skuad Liga Super Pahang kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, pemain tengah itu didapati bersalah melanggar artikel 4.11 kontrak pemain dan artikel 10.05 perlembagaan PBNP 2004 iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa mendapat kebenaran PBNP.

Pertuduhan kedua Sumareh didapati bersalah melanggar artikel 6.6 kontrak pemain di mana merujuk perkara itu terus kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) (Disppute Resolution Chamber) tanpa terlebih dahulu kepada National Dispute Resolution Chamber Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Pertuduhan ketiga dia didapati bersalah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain di mana dia gagal menghadirkan diri ke sesi latihan bersama skuad Pahang bermula 3 Ogos hingga 28 Ogos 2020. Pertuduhan keempat dia turut didapati bersalah melanggar artikel 5.1 kontrak pemain apabila gagal menghadirkan diri pada perlawanan Liga Super antara Pahang men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Kuantan pada 28 Ogos 2020. Justeru, Rizal berkata, berdasarkan kepada perkara 6 perlembagaan PBNP 2014 dan juga berdasarkan kepada kod tatatertib FAM (edisi 2015), jawatankuasa itu mengenakan hukuman dua tahun penggantvngan daripada mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan dengan sukan bola sepak terhadap Sumareh bagi setiap pertuduhan.

Katanya, keempat-empat pertuduhan terbabit dijalankan serentak.

Keputusan ini akan dimaklumkan kepada FAM untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan,katanya.

Rizal berkata, pertuduhan itu dibuat dan melalui proses notis dan pendengaran seperti termaktub di dalam peruntukan undang-undang PBNP.

Sumareh diberi notis sebanyak dua kali bagi menjawab pertuduhan dan juga diminta untuk hadir bagi menjawab segala pertuduhan tetapi beliau memilih untuk tidak hadir, katanya.

Sebelum ini, Sumareh menc3tuskan kontr0versi apa dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang kira-kira sebulan.

Terdapat dakwaan bahawa dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan PBNP.

Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.

Di sebalik kontr0versi itu, Sumareh kini beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC.