Sukar Buat JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan merentas Laut Cina Selatan untuk berdepan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam esok membvru kemenangan bagi mengekalkan kedudukan teratas liga.

Pengendali JDT, Benjamin Mora menegaskan skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto sukar untuk ditewaskan selepas dua aksi pasukan itu tidak mengalami kekalahan, sebaliknya melakar kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC dan seri 0-0 dengan Kuala Lumpur City FC, baru-baru ini.

Katanya, pertembungan itu nanti tampak sukar buat JDT dan kesebelasan pemain yang akan diturunkan harus berwaspada dengan corak permainan pasukan itu yang memiliki gaya permainan pantas apabila melakukan s3rangan balas.

Kami akan men3ntang pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Mereka akan cuba beri t3ntangan sengit seperti mana pasukan lain melakukannya apabila men3ntang kami.

Perlu membuat persiapan yang lebih rapi kerana kami mahu meneruskan mom3ntum kemenangan dan elak membuat kesilapan mudah yang boleh pasukan lawan ambil kesempatan. Kami tidak boleh lagi keciciran mata.

“Biarpun terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat, kami perlu memberi fokus melebihi 100 peratus bagi membentuk taktikal ampuh malah akan ada beberapa pemain simpanan yang akan dibawa masuk dalam kesebelasan utama,” katanya.

Mora menegaskan lagi, kecergasan pemain amat diutamakan dan proses pemulihan mereka selepas beraksi dalam jadual yang padat tidak menimbulkan masalah kerana mereka tahu kepentingan untuk berada di dalam keadaan fizikal mantap.

Beliau menambah buat ketika ini hanya Matthew Davies sedang menjalani proses pemvlihan keced3raan dan belum pasti sama ada pemain itu akan diturunkan atau sebaliknya walaupun dia mula berlatih bersama rakan sepasukan.

Meskipum jadual perlawanan begitu padat dan sukar bagi kami untuk beraksi dalam perlawanan yang dianggap seperti aksi `final’ kerana perlu berdepan pasukan yang beraksi melebihi 100 peratus untuk tewaskan kami.

“Namun persiapan tetap diteruskan dan sebab itu kami mempunyai jurulatih kecergasan dan kelengkapan bagi proses pemulihan yang serba canggih, malah semua itu dimanfaatkan oleh setiap pemain bagi kembali pulih sepenuhnya,” tambah Mora.