Sudah tiba masanya – TMJ

Sudah tiba masanya teknologi terkini video bantuan pengadil (VAR) digunakan untuk perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Itu antara perkara yang ditekankan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim susulan perlawanan membabitkan skuad JDT itu bertemu Perak FC semalam yang berkesudahan seri 2-2.

Menerusi Instagram miliknya, Tunku Ismail turut menyatakan JDT sepatutnya mendapat 11 penalti terutamanya ketika pemain import Bergson Gustavo dan tonggak muda Arif Aiman Hanafi dikasari pada awal perlawanan itu.

Penalti…sepatutnya 11 penalti…dua penalty first half Burgson dan Arif Aiman ref tak blow. Ini tidak adil..1 point pun jadilah.

Perak main bagus dan penjaga gol bagus..JDT main bagus second half.. Well Done Perak dan well done JDT.. Next game please bagi tujuh penalty.

“Its time for VAR (Sudah masanya untuk VAR),” katanya, menerusi catatan yang dimuatnaik di Instagram miliknya.

Pada perlawanan Liga Super semalam sepakan penalti Leandro Velazquez pada masa kecederaan menjadi peny3lamat JDT bangkit mengikat Perak 2-2 di Stadium Perak, Ipoh.

Keputusan itu menyaksikan JDT kekal di kedudukan teratas liga dengan 11 mata, selepas pasukan tangga kedua, Terengganu FC tewas 1-2 kepada Sabah.

Tonggak Perak FC, Guilherme De Paula membuktikan dia striker berb!sa apabila mel3dak dua gol untuk tuan rumah manakala gol JDT pula disumbangkan Akhyar Rashid dan Velaquez.

Selain itu, Tunku Ismail juga mengakui bahawa sepakan penalti pada masa tambahan tidak seharusnya diberikan kepada JDT berdasarkan kepada pemerhatian terhadap perlawanan terbabit.

“Saya rasa last minit penalti itu bukan penalti. Tapi separuh masa pertama Burgson dan Arif betul. Apa pun tahniah dan semoga berjaya perlawanan seterusnya,” katanya.