Striker Fagiano Okayama pikat Kim Swee

Striker kelab Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak mengakui masih gagal men3mbusi pintu skuad utama kelab divisyen dua Jepun itu apabila dia sekadar beraksi bersama pasukan simpanan kelab berkenaan.

Begitupun, ia langsung tidak mem@tahkan semangat pemain skuad bawah 22 (B-22) tahun negara itu terutama untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama bagi menghadapi saingan Sukan SEA di Filipina, 25 November ini.

“Saya dapat beraksi bersama pasukan simpanan dalam Liga Simpanan setiap minggu di sana, cuma tak dapat main pasukan utama lagi tapi sekurang-kurangnya saya ada perlawanan setiap minggu dan tak ada masalah kec3rgasan.

Kita tahu walaupun sekadar bermain dalam liga simpanan, pasukan di sana ‘power’ sebab kita pun tahu Jepun antara kuasa bola sepak yang besar di Asia.

“Saya akan berikan yang terbaik dan terpulang di tangan Datuk Ong Kim Swee (Ketua jurulatih B-22) dan tunjukkan yang saya layak bermain dalam kesebelasan utama dan berjanji akan berusaha sebaiknya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari ini.

Malaysia yang meraih pingat perak pada temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur dua tahun lalu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Undian berkenaan dilihat memihak skuad negara apabila berjaya mengelak negara g3rgasi Asia Tenggara seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia selain Singapura, Brunei dan Laos yang berada dalam Kumpulan B.

Ketika ditanya tentang kegagalan dirinya membantu skuad B-23 melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Thailand tahun depan, dia mahu menebus kek3cewaan itu pada temasya dwi tahunan di Filipina nanti.

“Ia akan menjadi pemb@kar s3mangat untuk saya menjadi lebih bagus bagi memastikan Malaysia mampu meraih pingat dalam Sukan SEA nanti,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.