Status Terkini Perkhidmatan Gunting Rambut

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan gunting rambut masih tidak dibenarkan termasuk yang dipanggil ke rumah pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini pihaknya difahamkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menyiapkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkhidmatan itu dan ia akan dibentangkan selepas siap sepenuhnya.

“Saya percaya pihak MKN sedang menyiapkan SOP bersama KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan setakat ini belum lagi dibentangkan dalam mesyuarat khas menteri-menteri.

“Kita menunggu untuk bentangkan SOP jika sudah bersedia, setakat ini belum lagi (dibenarkan), selepas itu baharulah boleh dipu_tuskan sama ada kedai gunting rambut boleh dibuka atau tidak, tarikh pun berg4ntung kepada SOP yang dibentangkan.

“Namun sehingga kini gunting rambut masih berada dalam senarai terl4rang termasuk di rumah dan di mana sahaja,” katanya pada sidang media PKPB selepas mesyuarat khas menteri-menteri di Putrajaya, di sini hari ini.

Sumber : https://www.bharian[.]com.my/berita/nasional/2020/06/695148/perkhidmatan-gunting-rambut-masih-dilarang