Skuad B-19 Tahun Negara Buru Khidmat Jaami Qureshi

Skuad B-19 Tahun negara memburu khidmat pemain kacukan iaitu Jaami Qureshi bagi menghadapi saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Uzbekistan yang akan bermula pada 14 Oktober mendatang.

Menurut laporan Harian Metro, pengurus skuad B-19, Datuk Kamarul Ariffin bersedia untuk berangkat ke England bagi memantau sendiri perkembangan pemain yang pernah beraksi bersama skuad B-15 Tahun England itu.

“Pemain daripada Brighton and Hove Albion yang dah mewakili England B-15 itu amat menarik minat saya.

“Insya-Allah jika dalam tempoh terdekat kami boleh ke luar negara, saya akan pergi sendiri untuk melihat dan memantau perkembangannya sebab Brighton B-16 menang dengan Arsenal 2-1, dan itu membuatkan saya teruja untuk pergi melihatnya,” katanya.

Jaami Qureshi yang pernah beraksi bersama akademi Brentford, Chelsea dan Fulham itu beraksi sebagai peny3rang dan beliau dilihat bakal digandingkan dengan seorang lagi peny3rang prolifik negara iaitu Luqman Hakim Shamsuddin sekiranya menyarung jersi skuad B-19 Tahun negara.

Salah satu media terkenal di England, Mirror pernah menyenaraikan Jaami sebagai antara pemain yang mungkin mewakili skuad kebangsaan England pada masa depan kerana kualiti serta kebolehan yang dimiliki pemain itu.