Siapa bakal hilang tempat?

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh dikhabarkan bakal menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah sa!ngan Liga Malaysia musim 2020 melabuhkan tirainya.

Perkara ini menjadi pebincangan setelah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim “berinteraksi” bersama Sumareh di laman Instagram pemain itu sekaligus ramai pihak melihat ini adalah klu terkini berkaitan perpindahan Sumareh ke JDT.

Jika Sumareh menyertai JDT pada musim hadapan, maka salah seorang pemain sayap utama pasukan iaitu Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera mungkin terpaksa dik0rbankan sekaligus keh!langan tempat bagi memberi laluan kepada Sumareh untuk tampil dalam kesebelasan utama.

Sejak menyertai JDT pada 2017 lalu, kedua-dua pemain menjadi pilihan untuk mengisi posisi sayap kanan dan juga kiri dalam kesebelasan utama dan menjadi nadi utama pasukan.

Cabrera sentiasa menduduki Top 6 dalam carta penjaring terbanyak Liga Super manakala Safawi menjalani transformasi dengan menjadi salah satu pemain sayap tempatan terbaik dalam sa!ngan Liga Malaysia.

Melihat kepada prestasi yang telah ditampilkan oleh Safawi dan Cabrera, ketua jurulatih serta pengurus JDT, Benjamin Mora dan Luciano Figueroa dilihat bakal berdepan kesuk4ran untuk memilih dua pemain yang akan mengisi posisi sayap dalam kesebelasan utama sekiranya Sumareh menyertai pasukan musim hadapan.

Dari sudut lain, kehadiran Sumareh akan memberikan persa!ngan yang kompetitif terhadap Safawi dan Cabrera dan perkara ini akan memberi kelebihan buat JDT dimana mereka mempunyai tiga pemain sayap berkualiti yang sentiasa berdeia untuk diturunkan.

Sumber : https://www.vocketfc[.]com/siapa-yang-bakal-kehilangan-tempat-jika-mohamadou-sumareh-menyertai-jdt/