Seruan TMJ Kepada Orang ramai

Peminat bola sepak tempatan hari ini dik3jutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan striker skuad kebangsaan dan JDT, Syafiq Ahmad sehingga meng0rbankan bayi lelakinya pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, ibu mertuanya Zainab Wahab serta pembantu rumah warga Indonesia Titik Sukamti, turut mavt manakala isterinya dan anak pertama sedang dirawat di hospital.


Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menyampaikan ucapan takziah dan baginda menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan kem@langan itu bagi menjaga s3nsitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga.

Sebagai tanda penghormatan, TMJ turut bertitah bendera JDT di Stadium Sultan Ibrhaim dikibarkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah dipaparkan di skrin besar.

Malah, TMJ turut menghantar Setiausaha Sulit bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu Syafiq Ahmad dan mempermudahkan segala urusan.

Selain itu, beberapa pemain tempatan serta jurulatih turut menyampaikan ucapan takziah dan berharap bekas pemain Kedah itu tabah menempuhi dugaan.