Seorang lagi pemain tidak Sambung Kontrak bersama JDT

Penjaga gol kacvkan Jerman-Malaysia, Julian Johan Bechler memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama juara Liga Super musim 2020, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara ini diumumkan oleh Johan sendiri menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana setelah mengadakan perbincangan dengan pihak kelab, pemain berusia 19 tahun itu memutuskan untuk tidak menyambung kontrak.

Johan beraksi bersama JDT III dalal saingan Piala Presiden. Namun, ekoran pand3mik C0VID-19 yang m3landa dunia termasuk Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membatalkan saingan Piala Presiden, sekaligus Johan tidak beraksi sebarang perlawanan kompetitif musim ini.

Abang kepada Joshua Johan Bechler ini tidak mengumumkan destinasi beliau yang seterusnya. Namun, Johan memberi bayangan perbincangan dan terma sudahpun dimulakan bersama pasukan baharu beliau.

Sebelum menyarung jersi JDT, Johan pernah beraksi bersama skuad B-19 tahun Tus Hornau, sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Liga Jerman.