Senaraikan Empat Jurulatih Liga Malaysia Yang Boleh Mengisi Kekosongan

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) memutuskan untuk menamatkan kontrak B.Satianthan sebagai ketua jurulatih selepas pasukan itu gagal menampilkan prestasi yang baik sejak saingan Liga Malaysia disambung serta tewas besar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan Liga Super Sabtu lalu.

FAS kemudiannya melantik Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner sebagai pengendali sementara sehingga jurulatih baharu dilantik.

Berikut kami senaraikan empat jurulatih Liga Malaysia yang boleh mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh B.Satianathan bagi menjadi ketua jurulatih skuad utama Selangor.

1. Aidil Sharin
Jurulatih

Aidil berjaya menghadiahkan trofi Piala FA dalam tahun pertama beliau menjadi ketua jurulatih Kedah. Berdepan dengan isu tunggakan gaji dengan majikan sedia ada, FAS boleh memanfaatkan perkara ini dengan memberikan tawaran kepada Aidil.

Selain itu, jurulatih ini turut mempunyai pengalaman di peringkat Asia dimana sebelum ini pernah membimbing Home United dalam saingan Piala AFC.

2. Nidzam Jamil
Jurulatih

Bekas pemain Selangor ini menjadi pilihan penyokong untuk menjadi pengendali pasukan utama Red Giants pada masa akan datang. Nidzam merupakan salah satu jurulatih muda dalam negara yang sedang meningkat naik ketika ini.

3. Nafuzi Zain
Jurulatih

Nama Nafuzi Zain menjadi sebutan setelah beliau diberikan tanggungjawba untuk mengendalikan Terengganu bagi menggantikan Irfan Bakti pada pertengahan musim 2019.

Nafuzi memperkenalkan corak permainan yang dikenali Nafuzi Ball dan beliau juga berjaya menaikkan beberapa pemain muda untuk beraksi bersama skuad senior Terengganu.

4. Manzoor Azwira
Jurulatih

Manzoor baru sahaja membantu pasukan Pulau Pinang mengesahkan tempat dalam saingan Liga Super musim hadapan. Manzoor merupakan salah satu jurulatih underrated dan sudah tiba masanya beliau diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pasukan yang lebih besar.