Senarai Pemain Tempatan Termahal Dalam Saingan Liga Super 2020

Seperti yang kita sedia maklum, pemain import mempunyai tanda harga yang tinggi dimana mereka dinilai berdasarkan kualiti serta pengalaman yang dimiliki.

Namun, pemain tempatan juga tidak kalah dimana mereka turut mempunyai tanda harga yang boleh dijadikan pendapatan oleh pasukan sekiranya mereka bijak untuk memanfaatkan peluang yang ada.

Di sini, kami senaraikan pemain tempatan dalam saingan Liga Super yang memiliki harga termahal mengikut data yang diambil daripada Transfermrkt.

1. Liridon Krasniqi (RM2.1 Juta)
Liridon yang mendapat kerakyatan Malaysia pada Mac lalu menduduki tangga pertama dalam senarai ini. Setelah bermula dengan cemerlang bersama Kedah, kini Liridon beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

2. Natxo Insa (RM1.8 Juta)
Tidak hairan apabila Natxo menduduki tangga kedua kerana pemain ini mempunyai kualiti yang tersendiri selain pernah beraksi di Eropah, tepatnya saingan Liga Sepanyol.

3. Brendan Gan (RM1.6 Juta)
Brendan Gan menyertai Selangor setelah menyinar bersama Perak dan juga skuad kebangsaan. Pemain berusia 32 tahun ini juga dikhabarkan menjadi penerima gaji tertinggi di skuad Merah Kuning.

4. La’Vere Corbin-Ong (RM1.5 Juta)

Sama seperti Natxo, Corbin-Ong juga pernah beraksi di luar negara. Selain itu, beliau menjadi pilihan utama untuk mengisi posisi pertahanan kiri baik bersama JDT mahupun pasukan kebangsaan.

5. Baddrol Bakhtiar (RM1.4 Juta)

Baddrol sememangnya mencipta nama sebagai salah satu pemain tengah terbaik di Liga Malaysia selain pernah memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan di saingan Liga M.

Nilai pasaran Baddrol juga sama dengan tiga pemain lain iaitu Safawi Rasid, Shahrul Saad dan Matthew Davies.

6. Mohamadou Sumareh (RM1.3 Juta)
Pemain naturalisasi pertama negara ini turut berada dalam senarai pemain tempatan termahal dalam saingan Liga Super.

Selain beliau, dua lagi pemain iaitu Syahmi Safari dan Farizal Marlias turut mempunyai tanda harga yang sama dengan Sumareh.