Selepas JDT ikat Gyeongnam FC, Buriram United tewaskan wakil Korea Selatan

akan penglibatan wakil daripada ASEAN dalam kancah elit bola sepak asia.

Musim 2019 menyaksikan dua pasukan dari asia tenggara berjaya melayakkan diri ke pentas ACL. Selepas diundi, juara Liga Super 2018, JDT diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Kashima Antlers, Gyeongnam FC dan Shandong Luneng. Manakala, juara Liga Thai, Buriram United diundi dalam Kumpulan G bersama-sama Urawa Red Diamonds, Jeonbuk Hyundai Motors FC dan Beijing FC.

Pertemuan di antara JDT dan naib juara K-League 2018, Gyeongnam FC di Stadium Larkin mengejutkan dunia bola sepak asia, terutamanya kalangan negara-negara ASEAN. Bagaimana, sebuah pasukan yang melakukan penampilan pertama dalam ACL berjaya mengikat wakil dari Korea Selatan 1-1? Lebih mengagumkan, statistik menunjukkan JDT mengungguli daripada segi serangan ke arah gawang lawan.

Posted by AFC Champions League on Tuesday, March 12, 2019

Walaupun sekadar seri, keputusan itu sudah memadai untuk menutup mulut ketua jurulatih Gyeongnam FC dan menyalahkan jadual perlawanan padat dan masa perjalanan yang panjang menjadi punca anak buahnya hampir tersungkur di Stadium Larkin.

Beralih kepada wakil dari negara jiran, Buriram United. Jika hendak dibandingkan dengan JDT, skuad Thunder Castle ini lebih berpengalaman di pentas ACL dengan layak ke peringkat kumpulan sejak musim 2012 lagi. Semalam, mereka melayan kunjungan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Buriram.

sumber: foxsports

Jeonbuk Hyundai Motors FC yang merupakan juara K-League 2018 dikejutkan oleh tuan rumah menerusi jaringan tunggal oleh pemain muda berusia 20 tahun, Supachok Sarachat pada minit ke-50 untuk memberikan tiga mata penuh buat Buriram United. Kemenangan ini turut melonjakkan kedudukan mereka di tempat kedua dalam Kumpulan G.

Mereka juga menampilkan persembahan yang memberangsangkan dengan merekodkan 7 percubaan tepat walaupun berkongsi angka yang sama dengan Jeonbuk Hyundai iaitu 12 percubaan secara keseluruhannya.

Posted by AFC Champions League on Wednesday, March 13, 2019

Dua keputusan ini sudah cukup untuk memberikan amaran kepada pasukan-pasukan  daripada blok asia timur untuk tidak memandang enteng akan cabaran daripada dua wakil ASEAN ini. Silap percaturan, ia boleh membuatkan pasukan kehilangan mata dan lebih memalukan, berkemungkinan untuk tersingkir awal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *