Selangor malukan Pahang

KUALA LUMPUR: Selangor memulakan kempen Liga Super musim dengan langkah kanan apabila menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pahang terlebih dahulu berada di depan menerusi Ivan Carlos yang tenang menyudahkan hantaran Gopi Rizqi Ramachandra pada minit ke-20.

Kedudukan itu hanya bertahan tujuh minit apabila Ifedayo Olusegun tidak mensia-siakan umpanan menarik Brendan Gan di dalam kotak penalti untuk meledak gol penyamaan Selangor.

Brendan yang juga pemain tengah Harimau Malaya muncul wira Red Giants apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-89.

Di Stadium UiTM Shah Alam, Melaka United turut memulakan kempen dengan kemenangan apabila menewaskan UiTM FC 2-0 dengan jaringan pelawat disumbangkan Sony Norde pada minit ke-28 dan Romel Morales pada masa keced3raan.

Sumber : BH