Selangor Akhirnya Bersuara

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak pernah menyenaraikan bekas pemain kebangsaan Jerman, Thorsten Fink untuk menggalas cabaran sebagai jurulatih utama skuad G3rgasi Merah untuk musim depan.

Menurut Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon, pihaknya menafikan khabar angin terbabit yang kini bertivp k3ncang di media sosial.

Beliau berkata, bekas pemain Bayern Munich itu tiada dalam senarai untuk menggantikan bekas jurulatih pasukan, B Satiananthan yang dipecat sebelum ini untuk mengemudi Selangor musim depan.

(Khabar angin) itu tidak betul. FAS menafikan khabar angin itu. Malah, individu yang dinyatakan itu pun tiada dalam senarai kami, katanya, di sini.

Kenyataan terbabit jelas sekali akan mengecewakan penyokong skuad Merah Kuning yang sebelum ini jelas teruja apabila bekas pengendali yang memiliki reputasi baik itu dikaitkan dengan penghijrahan ke Selangor.

Sebelum ini, Johan menjelaskan pihaknya sedang dalam rangka kerja terakhir bagi memuktamadkan jurulatih yang akan mengendalikan skuad utama Selangor musim depan.

Kita sudah ada senarai akhir membabitkan dua atau tiga jurulatih yang berpotensi. Insya-Allah kita akan muktamadkan seminggu dua lagi, katanya.

Sebagai rekod, Fink menghabiskan seluruh kariernya bola sepak sebagai pemain di tanah air apabila bermula dengan pasukan remaja SV Roland dan Borussia Dortmund sebelum menyertai Wattenscheid 09, Kalsruher SC dan Bayern Munich.

Karier sebagai jurulatih menyaksikan dia bermula sebagai jurulatih pasukan muda Red Bull Salzburg, FC Ingolstadt, Basel, Hamburger SV, APOEL, Austria Wien dan Grasshoppers sebelum ke Jepun untuk mengendalikan Vissel Kobe.