Pemain-Pemain Sendiri Yang Bercerita

Selepas Setiausaha Kehormat Kedah FA, Asmirul Anuar Aris mempersoalkan campur tangan JDT terhadap masalah kewangan Kedah, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan tindakannya.

Asmirul dalam catatannya semalam berkata, Kedah mengalami masalah kewangan sejak bermulanya perintah kawalan pergerakan disebabkan penularan wabak COVID-19 dan memberikan kesan kepada penaja sehingga memohon penangguhan bayaran.

Malah, Asmirul turut menyalahkan badan bolasepak MFL dan MFL yang gagal mencapai kata putus mengenai status Liga Malaysia walaupun sudah beberapa kali mengadakan perbincangan.

Bagaimanapun, TMJ meranapkan segala dakwaan tersebut apabila mendedahkan bahawa Kedah mempunyai masalah kewangan sejak sebelum Liga Malaysia 2020 bermula lagi.

Dalam catatannya menerusi akaun rasminya di Instagram, TMJ menjelaskan bahawa gaji pemain Kedah bukan disebabkan COVID-19 semata-mata.

“Duit bonus Piala FA lambat. Gaji dua bulan lambat hanya dibayar sebelum Piala Sumbangsih.

“Pemain-pemain Kedah FA sendiri yang bercerita. Striker import Kedah FA pun complaint kepada saya.

“Saya tiada niat masuk campur. Sebelum ini saya diam. Tetapi awak kaitkan JDT dalam statement tadi. Jadi saya terpaksa defend club saya yang langsung tiada masuk campur dalam hal ini.

sumber: football

TMJ mengulas lanjut, bahawa beliau bersuara atas kapasiti PFAM, dan bukannya pemilik JDT.

“Saya bersuara sebagai Royal Patron PFAM. Saya bersuara demi pemain yang berhempas pulas setiap tahun untuk bolasepak negara dan penyokong-penyokong bolasepak tempatan.”