Sebuah media bola sepak mendedahkan

Sebuah media bola sepak tersohor Thailand Buaksib Ball Thai sebentar tadi mendedahkan bahawa peny3rang kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Diogo Luis Santo akan menyertai kelab BG Pathum United apabila pusingan kedua Thai League 1 bermula.

Dalam kemaskini tersebut, laman sosial itu menyatakan bahawa persetujuan telah dicapai dan menanti ujian perubatan sebelum menandatangani kontrak bersama kelab di Bangkok itu.

“Diogo Luis Santo telah mencapai persetujuan untuk berpindah ke BG Pathum United pada separuh kedua saingan Thai League 1, dan menanti untuk menjalani ujian perubatan sebelum secara rasmi menandatangani kontrak.”

Berita itu kini sedang hangat diperkatakan oleh ramai peminat bola sepak di Thailand, apatah lagi apabila seorang Diogo yang memang menjadi kegilaan ketika bersama Buriram United sebelum ini.

Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Malaysia selama 2 musim, Diogo sudah berjaya memenangi 5 kejuaraan dan mungkin JDT mempunyai perancangan lain untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan terutamanya dibahagian depan.