“Saya tidak mahu pikir kekuatan Kedah”

PEMAIN naturalisasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi anggap persa!ngan untuk posisi tengah dalam kesebelasan utama skuad itu begitu kompetitif dan ia dilihat sebagai persa!ngan sihat bagi memantapkan lagi skuad Harimau Selatan mengharungi kempen Liga Super musim ini.

Liridon mengakui untuk mendapat tempat di posisi berkenaan, tatkala sedang membuat persiapan menghadapi Kedah pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini , dia harus menggandakan usaha memikat kejurulatihan JDT yang diketuai Benjamin Mora.

“Ia cabaran yang menarik dalam skuad JDT, saya perlu beri yang terbaik sepanjang latihan dan begitu kompetitif untuk tersenarai dalam skuad utama tatkala bersa!ng bersama Hariss Harun, Afiq Fazail dan Natxo Insa yang memiliki kualiti tersendiri.

“Dalam skuad JDT, barisan pemain serba lengkap. Skuad itu boleh turun 11 pemain simpanan dan merehatkan 11 pemain utama. Ini membuktikan pemain utama dan simpanan setanding dan mampu galas tugas seandai diturunkan,” katanya.

Mengulas mengenai corak taktikal sejak dua bulan menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan, Liridon mengakui sudah mula menyesuaikan diri dengan falsafah permainan pasukan yang memenangi Liga Super enam musim berturut-turut itu.

Jelasnya, setiap sesi latihan yang dilakukan dipratikkan dengan corak permainan yang berintensiti tinggi dan sentiasa ada benda baru dipelajari malah ia beri impak positif kepada pasukan dan dia gembira untuk berada di JDT dan mempelajari taktikal yang berkesan.

Malah untuk persiapan menentang Kedah, Liridon menegaskan Harimau Selatan sudah bersedia untuk menerima kunjungan skuad Lang Merah, Jumaat ini dan berusaha mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih selain membuka tirai liga elit domestik dengan langkah kanan.

“Saya tidak mahu memikirkan kekuatan Kedah, sebaliknya saya mahu fokus kepada diri saya sendiri bersama JDT untuk membuat persiapan rapi bagi pertembungan Jumaat ini. Kita tahu Kedah adalah pasukan yang mampu beri sa!ngan namun kami akan bersedia,” kata Krasniqi.

Sumber : HM