Khalid Jamlus dan Azmeer Yusof menawarkan diri untuk membantu

Dua bekas pemain Perak, Khalid Jamlus dan Azmeer Yusof dilaporkan kini menawarkan diri untuk membantu pasukan itu memperbaiki prestasi bvruk mereka dalam saingan Liga Super musim ini.

Lebih menarik, menerusi komen di media sosial, dua pemain itu menjelaskan mereka sedia membantu skuad Bos Guarus tanpa sebarang bayaran.

Azmeer yang pernah menyarung jersi Perak pada 2010 hingga 2011 dan 2014 hingga 2015 dilaporkan berkata: “Saya sudi bantu Perak FC tanpa sebarang bayaran.”

Sementara itu, Khalid yang juga penjaring terbanyak Liga Perdana pada 2002 berkata dia sedia membantu mempertaj@mkan lagi jentera serangan Perak FC musim ini.

“Kalau sudi berikan aku peluang, aku cuba bantu pertajamkan peny3rang yang sedia ada untuk baki perlawanan (musim ini)… tanpa bayaran,” katanya.

Komen dua pemain itu turut tular di media sosial dengan rata-rata peminat Perak FC tampak mengalu-alukan kesediaan dua pemain berpengalaman itu untuk membantu memperbaiki prestasi semasa The Bos Gaurus.

Perak FC berada pada prestasi buruk musim ini apabila menduduki tangga kedua terc0rot Liga Super dengan hanya mengumpul 13 mata selepas 16 perlawanan dan ber!siko ters!ngkir ke Liga Perdana musim depan.

sumber: BH

Sebelum ini, Perak FC dilaporkan berdepan isu tunggakan gaji pemain yang didakwa turut menjadi antara faktor kemer0sotan prestasi skuad itu.