Perlu Meminta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

MEDIA antarabangsa, Al Jazeera perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas dakwaan perkauman terhadap warga asing ketika Covid-19 kerana ia jelas tidak wajar, mengelirukan dan berniat tidak baik.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ berdurasi 25 minit 50 saat itu juga tidak tepat sama sekali, serta terp3song daripada keadaan sebenar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor Mansion.

Katanya, setiap individu yang berada di dalam kawasan PKPD menjalani ujian swab termasuk warga negara bagi memastikan mereka bebas dari wanbak berkenaan selain mengenalpasti mereka yang bergejala.

Beliau berkata, tind@kan media antarabangsa itu menu duh kerajaan bersifat ras!s juga tidak benar kerana apa yang dilakukan berdasarkan undang-undang.

Katanya, Jabatan Imigresen mengambil tindakan mengikut Akta Imigresen, dengan menahan mereka yang tiada dokumen sah atau langsung tiada dokumen ketika berada di negara ini.

“Tudu han kita mengu rung pendatang asing tanpa izin (Pati) juga tidak benar kerana Maahad Tahfiz, perkampungan di Hulu Langat juga dikenakan perintah berkurung.

“Kita boleh tanya Al Jazeera ini, berikan kita mana-mana negara yang berikan kebebasan mutlak kepada warga asing yang tidak ada dokumen.

“Jawapannya tidak ada kerana semua negara ada akta yang hampir sama dan semua warga asing yang masuk kena ada dokumen yang sah.

“Saya cabar Al Jazeera tunjukkan mana-mana negara yang berikan kebebasan mutlak kepada mereka yang tidak ada dokumen,” katanya dalam sidang media PKPP di Putrajaya, hari ini.

Beliau mengulas isu dokumentari berkenaan yang mengundang reaksi kurang senang daripada rakyat negara ini, termasuk melancarkan bo!kot terhadap Al Jazeera di media sosial.

Ismail Sabri berkata, apabila tempat kerja pekerja asing mempunyai kes pos!tif C0vid-19, kesemua mereka di situ akan disaring.

sumber: HM

“Sehingga hari ini daripada 68,829 yang disaring, 2,579 didapati pos!tif, kita tidak biarkan mereka men!nggal dunia dan sa kit di depoh tah@nan.

“Ada empat depoh tahanan, 4,924 daripada mereka sudah disaring dan 777 didapati p0sitif dan kita rawat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kita bawa mereka dan kita rawat mereka,” katanya.