Satu ‘pelaburan’ berbaloi

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Satu ‘pelaburan’ berbaloi apabila menjadikan Muhamadou Sumareh sebagai pemain naturalisasi menyaksikan pemain kelahiran Gambira itu meledak gol kemenangan untuk Malaysia mengatasi Indonesia 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Dalam saingan yang penuh tegang itu di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta itu, turut menyaksikan perlawanan terpaksa dihentikan hampir 10 minit pada separuh masa kedua selepas penyokong tuan rumah bertindak meluru ke arah penyokong pelawat termasuk melontar suar.

Dalam aksi itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-11 selepas pemain tertua dalam barisan Indonesia berusia 38 tahun, Alberto Goncalves menolak mudah lorongan cantik Saddil Ramdani untuk menundukkan Farizal Marlias.

Malaysia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Sumareh yang meledak jaringan pertamanya bersama skuad kebangsaan pada minit ke-37 menerusi kuisan mudah untuk menewaskan Andritany Ardhiyasa.

Kegembiraan Malaysia tidak bertahan lama apabila skuad Garuda kembali di hadapan sekali lagi menerusi jaringan peny3rang naturalisasi Indonesia, Goncalves yang merembat deras hantaran Andik Vermansah dari luar kotak penalti seminit kemudian.

Malaysia bagaimanapun menyamakan kedudukan menerusi peny3rang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-65 selepas menanduk masuk hantaran Muhamad Safawi Rasid.

Sumareh membuktikan kecemerlangannya dengan meledak jaringan peribadi keduanya pada masa keced3raan selepas menerima hantaran Matthew Davies bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata penting dalam perlawanan itu.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *