satu dulu, baki tengok lepas ini

Tindakan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa menyentuh dada pengadil, Noor Azriel Baharudin dalam perlawanan ‘tegang’ men3ntang Peraj 21 Mac lalu mengundang p@dah apabila dia digantvng dua perlawanan.

Selain digantung perlawanan, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat hari ini turut mengenakan denda RM10,000 terhadap pemain tengah itu kerana tindakan yang dianggap tidak menunjukkan semangat kesukanan.

Natxo Insa melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan dalam perlawanan Liga Super 2021, Perak men3ntang JDT di Stadium Perak, Ipoh pada 21 Mac 2021.

Pemain ini dikenakan hukvman penggantvngan dua perlawanan dan denda RM10,000 akibat tindakannya terhadap pengadil, Noor Azriel Baharudin apabila menyentuh dada pengadil dengan menggunakan kedua-dua tangannya selepas perlawanan men3ntang Perak FC itu.

“Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 35 Kod di mana pemain ini dikenakan penggantvngan satu perlawanan terlebih dulu dan baki satu lagi perlawanan ditangguh tertakluk kepada kelakuan baiknya dalam tempoh lapan bulan dari tarikh surat diterima,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu dalam satu kenyataan hari ini.

Merujuk kepada Artikel 40 Kod, Natxo tidak boleh beraksi dalam perlawanan men3ntang Melaka United esok, manakala satu lagi saingan bergantvng kepada kelakuannya selepas ini.

“Pemain ini juga diberi am@ran keras dan hukvman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Hanya keputusan berkaitan hukvman denda dibenarkan untuk rayuan,” kata Baljit.