Sampai hati Ronaldo buat Macam tu

Pemain tengah Ferencvaros mendedahkan superstar Juventus, Cristiano Ronaldo yang dalam keadaan mood tidak baik menolak permintaan bertukar jersi dengannya selepas tamat perlawanan Liga Juara-Juara.

Ferencvaros men3ntang Juventus pada pert3mbungan pertama mereka di Budapest dalam aksi Kumpulan G, awal bulan ini.

Perlawanan itu menyaksikan kembalinya Ronaldo selepas berehat hampir tiga minggu susulan dijangk!ti C0vid-19. Dia terlepas aksi pembukaan men3ntang FC Barcelona dan kelab Hungary itu juga lawan pertamanya di peringkat Eropah musim ini.

Juve menang 4-1 tetapi meng3jutkan apabila tiada satu pun dijaringkan Ronaldo. Penjaring terbanyak Liga Juara-Juara itu membantu kepada jaringan pertama pasukannya tetapi secara keseluruhannya dia kurang menyerlah.

Ronaldo seperti kita ketahui sentiasa memb0cori gawang lawan tetapi moodnya selepas tamat 90 minit permainan di Stadium Ferenc Puskas menggambarkan kekec3waannya.

Dia seperti b3ngang dan marah, kata bintang Ferencvaros, Marcel Heister kepada Goal dan SPOX.

Dia hanya mengangkat tangan dengan kasar ketika ditanya mengenai pertukaran jersi. Mungkin kerana dia gagal men3mbusi gawang kami.

Mungkin juga sebab saya mer@mpas bola daripadanya ketika dia cuba mengawal bola. Ada gambar aksi itu dan saya memuat naik di Instagram. Ia pengalaman paling indah dalam hidup saya!

1 Trackback / Pingback

  1. easy keto snacks

Comments are closed.