sampai bila pasukan lain sanggup melihat JDT bermaharajalela

KUALA LUMPUR: Pasukan lain mesti keluar daripada kelambu!

Demikian reaksi Pensyarah Kanan Fakulti Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa ketika mengulas dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) termasuk kejayaan menjulang Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Selain menitikberatkan soal sains kemanus!aan, Mohd Sadek menegaskan adalah mustahil untuk meniru sepenuhnya apa JDT lakukan namun empat aspek utama – pelaksanaan, penjenamaan, menetapkan tanda aras dan kerjasama pintar- akan jadi asas kepada usaha untuk mengikut jejak Harimau Selatan.

Tidak boleh hanya mahukan segera kerana kalau kita lihat JDT sekali pun kurang berjaya di peringkat awal tetapi dalam masa sama, mereka juga membina kemudahaan dan menyediakan logistik buat pasukan. 

“Mungkin orang tidak nampak apa proses yang dilakukan JDT tetapi saya lihat Selangor kini berada di landasan yang betul.

“Pengstrukturan semula perlu dilakukan, begitu juga dengan penjenamaan, letakkan tanda aras dan lakukan kerjasama pintar bersama sekolah-sekolah yang ada di setiap negeri. Sediakan pencari bakat untuk mencari bakat baharu di setiap kejohanan peringkat sekolah dan buatlah pelaburan kepada pemain yang berpotensi.

“Usah hanya bermimpi melihat kejayaan JDT sebaliknya mimpilah melihat kejayaan sendiri. Tetapi untuk lihat mimpi jadi realiti, mereka perlu praktikkan perancangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

D0minasi JDT cukup ketara musim ini apabila meraih tiga trofi, Piala Sultan Ahmad Shah, Liga Super dan Piala Malaysia.

Persoalannya, sampai bila pasukan lain sanggup melihat JDT bermaharajalela dan hanya tahu mencari alasan wakil selatan semenanjung itu memiliki ramai pemain bintang.

Mengulas lanjut, Mohd Sadek berkata perkara utama adalah memiliki individu mahir dalam bidang ini dan bukannya hanya bermegah dengan kejayaan segera.

“Kita kena ada orang yang kritis berfikir. Hanya mahukan kejayaan segera itulah yang sebenarnya masalah kerana untuk dapatkan kejayaan segera memerlukan perbelanjaan mahal berbanding langkah mencari bakat muda untuk membawa cabaran akan datang. 

“Kalau tidak digunakan untuk pasukan sendiri sekali pun, bakat baharu yang sudah dibentuk boleh mendatangkan hasil jika ada pasukan berminat terhadap mereka. Paling penting, jika ada perancangan teliti, penaja juga tidak akan rasa takut untuk turut serta dalam projek yang sedang dijalankan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.