Safawi Tidak Perlu Pergi

Fasiliti lengkap yang dimiliki Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan pemain yang mengalami kec3deraan tertentu tidak lagi perlu ke hospital.

Terbaru, bintang utama JDT, Safawi Rasid dilihat menjalani rawatan di pusat rawatan dan kec3rgasan JDT susulan kec3deraan lutut kiri yang dialaminya ketika berdepan UiTM FC, Sabtu lalu.

Kemudahan fasiliti di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini membolehkan r@watan ‘in-house’ dilakukan yang mana sebelum ini memerlukan lawatan ke hospital.

Pemain kini dapat dirawat dengan lebih cepat untuk memastikan mereka dapat kembali dengan pantas,” kata JDT di Facebook rasmi kelab JOHOR Southern Tig3rs yang turut berkongsi video Safawi menerima rawatan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini menjelaskan kecederaan yang dialami Safawi bukan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL) dan mungkin memerlukan masa antara dua hingga tiga minggu untuk pulih.

Sementara itu, Safawi menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan peminat supaya dia cepat pulih daripada kec3deraan.

“Terima kasih kepada semua, saya dalam keadaan baik. Tidak sabar untuk kembali ke padang,” tulisnya.