Safawi Akhirnya Bersuara

Berdepan detik meng3cewakan di bumi Portugal tampak tidak menjatuhkan semangat Safawi Rasid untuk meneruskan kerjayanya ke prestasi lebih baik.

Menerusi ciapan di laman Instagram miliknya, dia yang sudah kembali ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat tetap bersemangat untuk membantu kelabnya itu.

Lebih banyak (kejayaan) yang akan datang, Insya-Allah, tulis Safawi bersama gambarnya yang memakai jersi skuad JDT.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima pelbagai k3caman terutama di media sosial selepas dia tidak diberi peluang untuk membuat penampilan bersama skuad utama Portimonense SC dalam Liga Primeira.

Keadaan itu dianggap situasi mengec3wakan buat Safawi yang sebelum ini sangat berharap tempoh pinjaman selama semusim bersama kelab Portugal itu dapat mengembangkan lagi kerjayanya di luar negara.

Penyertaan Safawi ke Portugal itu jelas menyemarakkan semangat penyokong tempatan yang tidak putus-putus memberi semangat dan sentiasa menantikan detik pemain itu beraksi di liga utama Portugal itu.

Bagaimanapun, hasrat peminat bola sepak negara untuk melihat Safawi membuat penampilan pertama di Portugal itu tidak kesampaian meskipun empat kali dia berada dalam senarai pemain simpanan.

Kesudahannya, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu akan kembali bersama JDT musim depan, sekali gus tidak melengkapkan tempoh pinjaman selama semusim bersama Portimonense.