Safawi Akan Bertembung Dengan Pemain Paling kaya Di Dunia

Perlawanan diantara Maritimo bertemu Portimonense SC Sabtu ini bakal mengajikan pertembungan 2 pemain dari Asia Tenggara sekiranya diturunkan dalam perlawanan itu.

Faiq Bolkiah yang kini bersama Maritimo dan pemain sensasi Malaysia, Safawi Rasid mungkin akan berjaya menarik ribuan tontonan peminat bola sepak Asia Tenggara khususnya dalam aksi Liga NOS.

Status sebagai pemain bola sepak paling kaya didunia yang dimiliki oleh Faiq Bolkiah serta aksi memvkau Safawi yang sebelum ini yang dinobatkan sebagai jaringan terbaik dari satu perspektif dilihat sebagai platform untuk menangkap perhatian peminat bola sepak dirantau ini.

Dari sudut aksi diatas padang, Safawi Rasid jelas berada dalam kategori berbeza selepas tampil dalam banyak kejohanan yang berprestij berbanding Faiq Bolkiah, namun mengenali behaviour peminat bola sepak Asia Tenggara, ia bakal diraikan oleh sebahagian besar peminat kerana bukan senang untuk melihat pemain dari ASEAN tampil dalam beraksi dalam liga berkualiti seperti di Portugal.

Walaupun ada pendapat mengatakan pertembungan kedua-dua pemain ini tidak akan berlaku disebabkan pelbagai faktor, tetapi paling tidak kita mahu melihat Safawi berada dalam skuad utama secepat mungkin dan mampu menyesuaikan diri dengan permainan serta cara hidup disana.

Ramai peminat yang menaruh harapan tinggi untuk Safawi berkembang lebih maju selepas berjaya membuktikan apa yang dimilikinya dalam kejohanan berprestij seperti AFC Champions League ketika bersama JDT.