Ronaldo – betapa ramai yang tersilap

Betapa saya tersilap, begitu juga ramai yang lain.

Ketika kemampuannya mula diragui, Cristiano Ronaldo memilih detik yang tepat untuk membuktikan mengapa dia mampu melangkaui jangkaan kebanyakan orang untuk menarik keluar pasukannya dari rahang kekal@han.

Malam kelmarin, peny;erang berusia 34 tahun itu menyahut cabaran dan menjawab kritikan dengan cara yang hanya dia mampu lakukan untuk memacu Juventus – yang disertainya daripada Real Madrid, Julai lalu – ke kelompok lapan terbaik Liga Juara-Juara (UCL).

Bangkit daripada defisit 2-0 dalam pertemuan pertama di Atletico Madrid, Ronaldo memimpin kebangkitan pasukannya dengan menyumbat ketiga-tiga gol dalam kemenangan 3-0 di Turin, disudahi dengan aksi meng@njing “coj0ne” kepada pengurus law;an, Diego Simeone, dan harus juga pengkritiknya.

Ia adalah kali pertama Juventus bangkit daripada ketinggalan dua gol dalam pertemuan pertama, untuk Ronaldo mengungkapkan kepada Sky Italia: “Mungkin itu sebabnya Juventus mendapatkan saya – untuk membantunya (kelab ini) melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelumnya.”

Kasihan Atletico. Mereka datang dengan niat untuk mengirimkan keluar Juve daripada pertandingan ini. Kesudahannya, mereka harus berasa mual dengan rekod Ronaldo menyumbat 25 gol dalam 33 pertemuan dengan kelab Simeone itu.

Bangsawan di Real Madrid harus turut menyesali keputusan membenarkan kapten Portugal itu meninggalkan Santiago Bernabeu hujung musim lalu.

Namun, Juventus tidak akan ambil peduli. Tidak pernah menjuarai Liga Juara-Juara sejak 1996 dan menyusuli kekalahan dalam final 2015 dan 2017, Ronaldo didatangkan mereka dengan hanya satu matlamat – menjulang trofi UCL.

Perpindahan mega bernilai €112 juta (RM518j) yang dibayar kepada Madrid bukan berpaksi kepada menjamin kejuaraan kelapan berturut-turut dalam Serie A atau untuk menjual lebih banyak jersi mahupun melonjakkan jenama Juventus di pasaran dunia.

Sebaliknya, buat skuad The Old Lady itu, ia adalah malam seperti kelmarin yang menyaksikan bagaimana seorang superstar bola sepak dunia melontarkan satu lagi ingatan bahawa pada usia 34 tahun, dia belum bersedia untuk meninggalkan segala-galanya.

Dalam pada itu, Ronaldo, yang juga penjaring terbanyak UCL dengan 121 gol dalam 159 perlaw;anan, sebelumnya jelas bergelut dalam saingan musim ini.

Menjelang pertemuan di Turin kelmarin, dia hanya meraih satu gol daripada enam perlaw;anan – kadar terendahnya dalam sesuatu musim UCL sejak 2005/06 apabila dia gagal membuat sebarang jaringan.

Namun, pada detik Juventus paling menagih magisnya, pemain yang memilih untuk menyerlah di pentas terbesar itu, tidak mengecewakan.

Pengurus Napoli, Carlo Anceloti, menyimpulkannya dengan berkata: “Semua orang menjangkakan prestasi Ronaldo akan merudum tapi dia tidak pernah gagal menyinar di pentas terbesar.

“Ada ramai pemain hebat yang bermain dengan bagus dalam perlaw;anan penting tapi Ronaldo, dia mampu meraikan dirinya sendiri. Itulah perbezaannya di antara pemain-pemain hebat dan juara sepertinya,” katanya kepada Sky Sport Italia.

Pesaing terhebatnya, Lionel Messi, turut tidak lokek menghamburkan pujian.

“Terdapat banyak perkara yang saya suka tentang Liga Juara-Juara Eropah,” katanya kepada Movistar.

“Semalam, Cristiano dan Juventus mengagumkan saya. Saya sangkakan Atletico pasukan yang lebih baik, namun Cristiano melakukan magis dengan menghasilkan tiga gol.”

Legenda, tidak terkecuali Diego Maradona, turut digamit kekaguman.

“Ada pemain yang mendapat sentuhan tongkat sakti,” katanya seperti dipetik Marca terhadap Ronaldo.

“Kami bangsa Argentina bangga dengan Messi.

“Seorang lagi benar-benar hebat dan dia magis. Dia kata akan sumbat tiga gol dan dia benar-benar menyumbat tiga gol.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *