Rasmi Pemain Persija Jakarta Dipinjamkan Ke Pasukan Liga Super

Kelab g3rg@si Indonesia, Persija Jakarta sebentar tadi secara rasmi mengumumkan pemain mereka Ryuji Utomo akan dipinjamkan ke pasukan Pulau Pinang untuk saingan Liga Super Malaysia 2021.

Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial Twitter rasmi mereka oleh Presiden Persija Jakarta sendiri, Mohamad Prapanca.

Menurut beliau, pasukan Pulau Pinang merupakan salah sebuah kelab yang secara serius cuba mendapatkan Ryuji dan tawaran dari juara Liga Premier Malaysia 2020 ini juga adalah yang paling baik untuk pemain itu berbanding pasukan-pasukan lain.

Ryuji Utomo akan beraksi selama 1 musim bersama Pulau Pinang sehingga bulan Disember 2021 dan pihak pengurusan pasukan yang digelar Macan Kemay0ran itu berharap dengan pengesahan ini akan mampu memberikan imp@k p0sitif kepada karier Ryuji Utomo serta pasukan kebangsaan Indonesia.

“Proses perpindahan Ryuji ke Pulau Pinang sudah lengkap. Pasukan tersebut tertarik dengan Ryuji kerana memiliki kualiti yang sangat baik serta memiliki keperibadian yang bagus. Kami yakin apabila pulang dari Pulau Pinang, Ryuji akan menjadi lebih matang dan menjadi temb0k kukuh Persija.”, ujar Mohamad Prapanca.