RASMI: Amri Yahyah Sertai

Bekas ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah sah menyertai pasukan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial rasmi pasukan dimana Amri menjadi pemaing paling senior dalam skuad dari Borneo itu.

Musim lalu, Amri beraksi bersama Sarawak United dalam saingan Liga Perdana namun pemain berusia 40 tahun itu tidak mendapat peluang yang cukup untuk menampilkan prestasi sebenar ekoran pandemik C0VID-19 yang melanda negara sekaligus menyebabkan saingan liga domestik dihentikan.

Selain mengumumkan ketibaan Amri Yahyah, Sabah FC turut mengumumkan dua lagi pemain iaitu bekas peny3rang skuad B-23 tahun negara, N.Thanabalan dan pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani.

Musim lalu, N.Thanabalan beraksi bersama Perak II manakala Saddil pula beraksi bersama Bhayangkara FC dalam saingan Liga 1 Indonesia.