Ranking Kelab Jdt Di Asia. Mana Pergi Pasukan Lain

Dua kejuaraan kelab tertinggi di Asia adalah Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC. Ia menjadi idaman kelab-kelab di Asia lebih-lebih lagi ACL. Hanya kelab-kelab yang berkelayakan sahaja yang mampu menyertai kejuaraan seperti ACL itu.

Berikut adalah artikel hasil nukilan Juan Bapakaw di twitter, seorang penyokong yang sentiasa mengikuti setiap perkembangan kelab seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).

RANKING KELAB BOLASEPAK MALAYSIA

Merujuk pada AFC Club Ranking yang terbaru, Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kini menduduki tangga ke-35 dalam Asia manakala Kedah (122), Felda (126) dan Perak (133) pula jauh terjerumus di bawah carta.

Tetapi ke mana pergi nama-nama besar bola sepak Malaysia di dalam ranking ini ?

AFC Club Ranking adalah satu sistem pengiraan mata yang dikeluarkan oleh badan induk bola sepak Asia untuk memilih pasukan dari negara mana yang layak bertanding di kejuaraan kelab anjuran AFC iaitu Asian Champions League dan AFC Cup (ACC).

Namun begitu, ranking ini terhad untuk kelab-kelab yang aktif bertanding dalam tempoh empat tahun sahaja dan disebabkan itu jaguh-jaguh di Malaysia seperti Selangor, Kelantan serta Pahang sudah lesap dari mata Asia.

Tetapi bagaimana jika kita semak semula rekod-rekod lama, kumpul dan jadikan satu ranking baru?

Carta yang di bawah menunjukkan kesemua kelab tempatan yang pernah atau sedang bertanding di Asia sejak ACC dimulakan pada 2004. Jelas bahawa JDT berada di kelas yang tersendiri dengan mengutip 90 mata (77 ACC + 13 ACL) dalam tempoh yang singkat iaitu selama enam tahun sahaja.

JDT juga merupakan kelab pertama ASEAN yang menjadi juara Piala AFC pada tahun 2015 dan diberikan pengiktirafan ‘AFC Cup Club of the Decade’. Pencapaian terbaik Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan pula hanyalah di peringkat suku akhir.

Setakat ini hanya JDT, Kedah & Perak saja berpeluang bertanding di ACL.

Memandangkan tahap kompetitif yang ketara antara ACL & ACC, AFC memperkenalkan kaedah pengiraan dikenali sebagai MA Points untuk memberi ‘level playing field‘ buat kelab yg bertanding di ACL dan ACC. Kelab di ACC kena kerja lebih keras kerana nisbah mata antara ACL dan ACC adalah 3:1 (3 kemenangan di peringkat ACC bersamaan dengan 1 kemenangan dalam ACL).

Rujuk carta di bawah dan lihat bagaimana Kelantan & Terengganu lebih cemerlang dalam MA Points kerana diberi bonus mata setelah layak ke suku akhir pada 2012 lantas memotong Perak dan Perlis. Carta MA lebih sesuai digunakan dlm mengukur prestasi kelab tempatan di peringkat Asia.

Setiap kelab perlu konsisten penyertaannya kerana hanya keputusan perlawanan 4 tahun terakhir sahaja diambil kira matanya. Selepas 4 tahun (tahun kelima) tinggi mana mata pada tahun itu, ia akan terhapus. JDT pernah memperoleh mata yang tinggi pada tahun 2015 selepas menjuarai Piala AFC, namun ia telah terhapus kerana tidak lagi termasuk dalam 4 tahun terakhir.

Rajah seterusnya menunjukkan jumlah kutipan mata dalam satu garis masa. Lihat bagaimana JDT pantas meningkat meninggalkan jauh juara 33 kali Piala Malaysia, juara Double Treble dan juara Treble 2012. Prestasi kelab-kelab lain pula nampak lebih mendatar di kejohanan Asia.

Jadi selepas merujuk data-data yang telah dikongsikan, mustahil untuk peminat tempatan menafikan posisi JDT sebagai kuasa bola sepak terbesar di Malaysia