Ranking FIFA Terkini Skuad Malaysia

Selepas naik satu anak tangga pada November, ranking skuad kebangsaan kekal di tangga ke-153 selepas kemaskini terbaharu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkembangan itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi akaun laman sosial miliknya, hari ini.

Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga ke-153 dunia. Kekal sama seperti kedudukan pada kemas kini terdahulu, 27 November 2020.

Kemas kini seterusnya adalah pada 18 Februari 2021, kata FAM dalam satu kenyataan.

Pada kemaskini November lalu, Malaysia menganjak satu anak tangga daripada 154 meskipun tidak mengharungi sebarang aksi antarabangsa pada tahun ini.