Rahsia mekap S Pavithra

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana selebriti Youtube S Pavithra disolek sehingga dia nampak begitu cantik seperti model sebenar.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurusolek berpengalaman Razzi Musa, 35, mendedahkan dia menggunakan gaya minimalis dan mengelak terlalu bereksperimen.

“Untuk solek S Pavithra, dalam fikiran saya memang tak nak terlalu experiment. Cuma saya hendak nampakkan dia minimalis, elegan dan muda.

“Saya juga nak mengetengahkan tona warna dia. Saya suka tona (warna) S Pavithra. Gelap dan cantik,” katanya yang sudah menjadi jurusolek selama 10 tahun.

Beberapa hari lalu, tular gambar Pavithra, 28, bergaya seperti model untuk hiasan kulit sebuah majalah gaya hidup mencuri perhatian warga maya.

sumber: MK

Gambar personaliti Youtube yang terkenal dengan video masakan itu menjadi tular selepas dimuat naik ke Internet Razzi.