Radhi Mat Din Melahirkan Keyakinan Penuh

LEGENDA bola sepak Kedah, Muhammad Radhi Mat Din melahirkan keyakinan penuh diatas kepimpinan baharu negeri Kedah pimpinan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor.

Sekali gus dapat menyelesaikan kem3lut kewangan yang sedang mel@nda Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada ketika ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Lajnah Sukan, Kesenian dan Kebudayaan PAS Negeri Kedah (Lestari) hari ini, Radhi selaku Pengerusi berkata pihaknya bersama Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (Dacs) negeri ini memberi sepenuh kepercayaan serta sokongan terhadap kerajaan baharu pimpinan Sanusi bagi memastikan bola sepak Kedah mampu digerakkan ke mercu kejayaan.

“Pihak Lestari dan bersama Dacs negeri ini memberi sepenuh kepercayaan terhadap beliau (Menteri Besar) dan yakin kemelut yang melanda KFA ini dapat diatasi dengan segera.

“Kita juga berbangga apabila KFA menjadi salah satu agenda utama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah walaupun persatuan itu bukan agensi kerajaan dan semoga kepimpinan kerajaan PN Kedah kini dapat mengembalikan kegemilangan itu dan membawa KFA ke tahap lebih baik dari sekarang.

“Tidak dapat disangkal, bola sepak adalah antara sukan nombor satu bagi rakyat negeri Kedah dan ia membantu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik, usia, kaum dan agama.

“Radhi juga berkata pihaknya berharap peralihan kuasa di peringkat tertinggi persatuan dapat berjalan dengan lancar dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit yang perlu diatasi secepat mungkin.

“Lestari mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar baharu di atas keprihatinan dan komitmennya dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi KFA dan dengan komitmen ini kami yakin ianya dapat membantu mengembalikan kegemilangan pasukan Hijau Kuning.” “Masih segar dalam ingatan kegemilangan meraih ‘double treble’ semasa pemerintahan Al-Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di mana ketika itu beliau juga merupakan Presiden KFA.” katanya.