Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?

Perlawanan diantara pasukan Terengganu dan PJ City FC malam ini terpaksa ditunda hampir 30 minit berpunca dari satu kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

Ramai penonton yang menantikan perlawanan itu samada melalui saluran Youtube atau TV menyaksikan bagaimana beberapa pekerja mengecat garisan tepi padang kerana dipercayai garisan tersebut tidak jelas kelihatan untuk perlawanan dimulakan.

Pastinya perkara seperti ini memalukan ramai penyokong Terengganu khususnya dan beberapa persoalan mula timbul mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Adakah Komisioner Perlawanan tidak melakukan pemeriksaan lebih awal atau pihak stadium memiliki masalah lain untuk menyelesaikan masalah itu lebih awal?

Isu seperti ini akan menjadi satu kewajipan kepada pasukan Terengganu atau MFL untuk memberikan penjelasan apakah sebenarnya yang berlaku di Gong Badak malam ini.

Ada juga yang menyatakan bahawa hujan lebat yang turun sebelum perlawanan menjadi sebab kenapa garisan itu kelihatan kurang jelas dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Mungkin ada yang mengatakan ia adalah ‘warna-warni’ saingan bola sepak Malaysia, tetapi dengan perkara seperti ini tidak wajar berlaku untuk sebuah pasukan seperti Terengganu.