Pulangkan Safawi Kepada JDT

KUALA LUMPUR: Peminat yang kec3wa Sapawi Rasid masih tidak diturunkan dalam aksi liga utama Portugal bertindak meny3rang Facebook rasmi Portimonense malam tadi.

Ramai mengharapkan Safawi akan membuat kemunculan sulung dalam Primeira Liga men3ntang Santa Clara, malangnya bintang s3nsasi negara itu tiada dalam kesebelasan utama mahupun simpanan.

Portimonense kalah 1-2 dalam perlawanan tersebut, kekalahan keempatnya musim ini, sekali gus menghuni tangga ketiga tercorot.

Ini kali ketiga pemain berusia 23 tahun itu terlepas aksi liga utama sejak tiba di Portugal awal bulan lalu.

Dia sebelum ini tidak diturunkan dalam pertemuan men3ntang Maritimo pada 17 Oktober lalu yang disiar secara langsung di Astro Arena, malah tidak berada dalam skuad bertemu Tondela Ahad lalu.

Setakat ini, Safawi hanya beraksi buat skuad bawah 23 (B-23) Portimonense pada 16 Oktober lalu.

Malas aku tengok. Pawi tak main gak. Tengok page Portimonense ni sana sini tag Sapawi dalam posting..sekali nama Sapawi xde pun dalam skuad..

Bukan setakat first 11 dalam substitution pun xde nama dia..something wrong with this club.., tulis pemilik akaun Facebook, Muhammad Abdullah.

Ape punya team la…asyik kalah je..dah la kalah pastu berl@gak tak kasi safawi main, kata Kamarul Faiz.

No Safawi no win, tulis Rizal Daud.

Yang aku cuma risaukan, kelab-kelab luar negara ni ambil pemain kita hanya untuk marketing pasukan dia orang. Dah sampai target, boo0mmm!! babai!, kata Mohd. Nor Iqmal.

Ada juga peminat yang menyeru Portimonense memulangkan Safawi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beberapa peminat yang rasional bagaimajapun meminta penyokong yang lain agar tidak memalukan Safawi dan Malaysia dengan menulis perkara tidak baik di laman sosial kelab Portugal itu.

Safawi tiba di Portugal awal bulan lalu selepas dipinjamkan selama semusim oleh JDT.

Pemain sayap kelahiran Terengganu itu adalah watak penting yang membantu JDT menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut, malah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim