Pogba Kejutkan Malaysia

Tiada siapa menyangka bintang bola sepak dunia, Paul Pogba turut berminat untuk mengikuti animasi tempatan, Omar & Hana.

Ia dapat disaksikan menerusi perkongsian pemain tengah Manchester United itu menerusi laman sosialnya, Paul Labile Pogba, semalam.

Dalam status dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya itu, dia mengakui menonton program itu bersama keluarga selepas membeli TV baharu di rumahnya.

“Bersama C62+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” katanya yang memiliki hampir 25 juta pengikut di laman sosial itu.

Hantaran Pogba itu juga mendapat lebih 167,000 tanda suka dan komen hampir 3,900 serta perkongsian mencecah lebih 1,500 kali.

sumber:- BH

Sebagai rekod, animasi Omar dan Hana adalah kartun berunsurkan Islamik dan menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu bapa yang dihasilkan syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD).