Pertukaran Tiada Masalah

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.’

Mungkin itu perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan situasi pemain tengah skuad Bawah 22 tahun (B-22) kebangsaan, Azfar Fikri Azhar selepas meraih penampilan pertama impian apabila meledak gol kemenangan buat negara pada kelayakan Piala Asia B-23 2022, di Mongolia semalam.

Tampil buat kali pertama apabila diturunkan menentang Laos, pemain Terengganu FC II (TFCII) bijak menghidu hantaran lintang Quentin Cheng untuk menyumbat masuk gol kemenangan sekali gus memberikan tiga mata pertama buat skuad negara.

Pada mulanya, pemain itu tidak tersenarai dalam 25 pemain untuk menyertai kem latihan pusat Fasa 2, namun kec3deraan yang dialami Ahmad Aysar Hadi menyaksikan pemain berusia 21 tahun itu dipanggil.

Percaturan itu jelas tepat apabila dia membalas kepercayaan dengan menghadiahkan gol kemenangan yang meletakkan skuad negara selaku pendahulu Kumpulan J ketika ini.

Ketika ditemubual selepas perlawanan, Azfar mengakui gembira dengan sumbangan yang diberikannya pada perlawanan itu dan mendedikasikan kemenangan terbabit kepada penyokong Malaysia.

“Kita sudah selesa dengan cuaca di sini. Saya meraih kap pertama dan bersyukur kerana dapat menjaringkan gol. Saya gembira dengan jaringan itu dan kemenangan ini untuk pasukan dan penyokong kami.

sumber:- BH

“Terima kasih kepada penyokong Malaysia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Saya tujukan kemenangan ini untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.