Pertembungan Ronaldo, Salah

Manchester, United Kingdom: Cristiano Ronaldo dan Mohamed Salah akan bersaing bagi dinobatkan pel3dak terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Manchester United berdepan musuh tradisi Liverpool, malam esok.

Bos Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan Ronaldo sebagai tonggak ser@ngan utama United menjelang aksi tumpuan dan memuji Salah sebagai antara pemain terbaik dunia minggu lalu.

Peny3rang Mesir itu mempamerkan aksi menakjubkan menerusi jaringan menarik menentang Manchester City dan Watford yang berada dalam senarai gol terbaik musim ini.

Bagaimanapun Ronaldo tidak begitu jauh di belakang dengan beberapa jaringan penting untuk mengesahkan status superstar peny3rang itu.

Tanpa kemenangan dalam tiga aksi terakhir liga, United ketinggalan empat mata berbanding pasukan tempat kedua, Liverpool.

United memerlukan sentuhan Ronaldo bagi pertembungan besar itu sementara Liverpool yang belum tewas berharap Salah akan terus mempamerkan sentuhan pemusnahnya.

Salah menjaringkan 12 gol dalam 11 perlawanan musim ini, dengan Ronaldo meledak enam gol dalam lapan perlawanan sejak kembali ke United dari Juventus pada Ogos lalu.

Salah menjadi pemain pertama Liverpool menjaringkan sembilan gol berturut-turut dalam perlawanan selain meledak dua gol ketika menewaskan Atletico Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan aksi terbaik daripada pemainnya dan tidak menghiraukan mengenai perdebatan mengenai antara pemain terbaik.

Namun dia mengakui aksi cemerlang Salah mencetus kebimbangan kepada pihaknya.

“Saya sentiasa berharap kepada Cristiano dalam apa situasi sekalipun. Dia unik. Seperti diperkatakan, Salah buat masa ini beraksi cukup cemerlang.” kata Solskjaer.

“Kami tahu kami perlu beraksi dengan baik bertahan menyekatnya. Kami harus memberi tumpuan kepada mereka dalam 95 minit untuk memastikan rekod cemerlang.

“Saya peminat utama trio ser@ngan Liverpool. Kami bergembira berdepan pemain seperti itu, Salah seorang daripadanya sudah pasti.”