Perlawanan Liverpool, Atletico bawa m@ut

KEPUTUSAN untuk membenarkan Liverpool beraksi di Liga Juara-Juara menentang Atletico membawa kepada 41 kem@tian ak!bat vi rus C0vid-19 lapor Sunday Times.

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp itu berdepan kelab Sepanyol pada saingan 16 akhir di Anfield pada 11 Mac di depan 52,000 penyokong sendiri, manakala seramai 3,000 penyokong pelawat hadir pada hari berkenaan.

Perlawanan itu adalah aksi bola sepak utama terakhir dilangsungkan di England sebelum perintah berkurung Covid-19.

Berdasarkan laporan Sunday Times, Edge Health, yang menganalisa data untuk Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS), perlawanan itu dikaitkan dengan 41 kem@tian tambahan di hospital berdekatan selepas 25 hingga 35 hari kemudian.

Kolej Imperial London dan Universiti Oxford menganggarkan Sepanyol mempunyai 640,000 kes p0sitif ketika perlawanan itu berlangsung berbanding Britain 100,0000.

Bulan lalu datuk bandar dari Liverpool menggesa agar sia satan dijalankan kenapa perlawanan menentang Atletico diteruskan seperti biasa.

“Jika seseorang dij@ngkiti C0vid-19 secara terus disebabkan acara sukan kami percaya perlawanan itu tidak boleh dilangsungkan, adakah ini skandal.

“Perkara ini harus dis!asat sama ada adakah jangk!tan ini disebabkan kontak terus melalui penyokong Atletico. Mereka mempunyai beberapa tempat zon merah di sana dan salah satunya ialah Madrid,” kata Datuk Bandar Liverpool, Steve Rotheram.

Atletico mencatat kemenangan 3-4 selepas masa tambahan untuk menyingkirkan penyandang juara dengan agregat 4-2 seterusnya mara ke suku akhir.