Perebutan Makin Sengit

Jendela perpindahan saingan Thai League akan dibuka semula pada 28 Disember 2020 sehingga 10 Januari 2021, dan pastinya kelab-kelab akan cuba mendapatkan pemain-pemain yang berpotensi memacu prestasi kelab pada ketika itu.

Terkini, wujud ura-ura menyatakan bahawa kelab BG Pathum United berminat untuk membawa pulang peny3rang skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda pada jendela perpindahan yang akan datang.

Berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh SiamSport hari ini, BG Pathum United memerlukan peny3rang yang tajam bagi memastikan pasukan itu mampu mencipta kejayaan pada musim ini terutamanya layak ke saingan AFC Champions League 2021.

Mengikut senarai pemain semasa yang dimiliki oleh kelab BG Pathum United, mereka mempunyai sekitar 5 orang pemain diposisi peny3rang termasuk pemain dari negara kita, Norhahrul Idlan Talaha dan jika Teerasil Dangda dibawa masuk, bermakna skuad ini memiliki 6 orang pemain diposisi yang sama.

Keadaan ini pastinya akan menyebabkan saingan sengit perebutan tempat dalam kesebelasan utama, namun berkemungkinan juga akan ada pemain yang terpaksa dilepaskan dan ini agak membimbangkan kerana Norshahrul hanya mempunyai kontrak 1 musim sahaja ketika ini.

Untuk Teerasil Dangda pula, prestasi yang tidak konsisten serta gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama lebih kerap dalam saingan J1 League bersama Shimizu S Pulse dilihat menjadi punca mengapa BG Pathum United mahu membawanya pulang ke Bangkok.

Bagi saingan AFC Champions League 2021, Thailand telah menerima slot 2+2 dimana 2 pasukan akan layak secara automatik ke peringkat kumpulan dan 2 pasukan lagi ke saingan kelayakan play-off.