percaturan mula buah hasil

Ketua jurulatih Har!mau Malaya, Tan Cheng Hoe, lega pendekatannya dalam formasi 4-3-3 kini menjadi sistem menyeluruh bermula dari akar umbi yang turut mencerminkan wajah dan cara sebenar permainan skuad kebangsaan.

Sebelum ini, pasukan akar umbi negara terhimpit dengan cara permainan ortodoks menerusi formasi 4-4-2 yang cuba diterapkan bekas pengendali skuad belia Bayern Munich, Lim Teong Kim.

Penerapan 4-3-3 oleh Cheng Hoe dilihat lebih berjaya memikat hati Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi bola sepak moden yang telah dilanc@rkan sebagai DNA baru bola sepak negara.

“Inilah cara bola sepak moden untuk masa depan kerana saya melihat banyak negara seperti Jepun atau Qatar juga menggunakannya. Sebab itu kami lihat peningkatan yang terbaik daripada mereka, terutama sewaktu Qatar menjuarai Piala Asia baru-baru ini,” katanya.

Bekas pengendali Kedah itu juga menegaskan apa yang dibawa olehnya kali ini lebih mudah untuk diterima dan seiring dengan perkembangan bola sepak Asia khususnya.

“Bukan saya kata jurulatih sebelum ini tidak bagus tetapi kami tidak mempunyai satu acuan atau DNA Malaysia tersendiri. Diharapkan semua peringkat umur sudah faham apabila menyertai skuad negara satu hari nanti.”

Sementara itu, Cheng Hoe tidak keberatan untuk menerima kehadiran dua pemain yang bakal menerima tiket pemain naturalisasi, iaitu Liridon Krasniqi dan Guillherme de Paula, walaupun perkhabaran itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada yang menggelarkan Liridon sebagai pemain ‘besar kepala’ dan tiada disiplin selain De Paula yang sudah berusia dan digelar ‘kuda tua’.

Namun, jurulatih berusia 51 tahun itu bertegas kedua-dua pemain tersebut memiliki watak penting untuk skuad negara sambil melihat tiada sebarang masalah untuknya selagi mereka dapat menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak negara.

“Daripada segi fizikal dan penyudah daripada De Paula, dia mampu memberi penyelesaian di bahagian depan kami. Begitu juga dengan Liridon. Mereka tidak mudah berputus asa,” tambahnya.

“Apa yang penting, FAM telah meminta kerakyatan mereka. Jika positif, saya akan lihat bagaimana untuk mengawal kedua-dua pemain ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *