Penyokong Terkejut

Penyokong Chelsea tidak percaya apa yang mereka lihat apabila N’Golo Kante turun berlatih buat kali pertama bersama rambutnya.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu sebelum ini hanya dilihat berkepala botak sejak berhijrah ke England pada 2015.

Pasangan pemain Manchester United, Paul Pogba dan Anthony Martial mengambil keputusan berani membotakkan kepala ketika perintah berkurung.

Namun Kante melakukan sebaliknya ketika kembali berlatih di Cobham dengan skuad Chelsea mula bergabung dalam kumpulan kecil semalam ketika mereka bersedia kembali dalam saingan Liga Perdana.

Dan peminat mereka perlu melihat beberapa kali selepas imej pemain Perancis itu keluar di media sosial.

Seorang peminat berkata: “Kante ada rambut ialah satu daripada banyak perkara pelik yang keluar ketika ini…”

Seorang lagi yang peminatnya yang teruja berkata: “KANTE ADA RAMBUT!!! SAYA ULANG KANTE ADA RAMBUT.”

Sorang lagi menambah: “Dunia sememangnya tidak bersedia melihat Kante bersama rambutnya.” – Agensi