Penyokong Indonesia Bersorak Malaysia Kalah

Ia mungkin normal apabila anda memberi sokongan padu kepada pasukan anda lebih-lebih lagi ketika beraksi sebagai tuan rumah.

Pernah lihat penyokong memberi sokongan kepada pasukan lawan yang tiada kena mengena supaya menewaskan pasukan yang mereka benci?

Itulah yang dilakukan oleh penyokong Indonesia yang tampil bersorak untuk pasukan Vietnam supaya dapat menyekat Malaysia dari mara ke final, setelah pasukan kesayangan mereka sendiri terkandas.

Labola Malaya mengimbau semula kejadian di Kejohanan Futsal AFF 2018 di Yogyakarta pada dua tahun lalu.

Ironinya, penyokong Indonesia tiga kali kec3wa dan m3nangis tidak berlagu di kejohanan ini.

Tampil sebagai tuan rumah, Indonesia dilabel sebagai pilihan dan diundi di dalam Kumpulan A bersama-sama Malaysia, Myanmar, Kemboja dan Filipina.

Secara dasarnya, Indonesia mensasarkan untuk menjuarai Kumpulan A untuk mengelak pertembungan dengan Thailand di separuh akhir, namun ia tidak menjadi kenyataan berikutan kekalahan menga!bkan di tangan Malaysia pada perlawanan kedua – kekec3waan pertama.

Dalam aksi berbalas jaringan itu, Malaysia mencatat kemenangan bergaya 7-5 dan kemudian menamatkan aksi kumpulan dengan rekod bersih menerusi kemenangan ke atas Myanmar untuk muncul juara kumpulan, menempah pertemuan men3ntang Vietnam di separuh akhir.

Indonesia pula menerima natijah berkesudahan selaku naib juara Kumpulan A, apabila terpaksa bertemu juara bertahan Thailand yang muncul juara Kumpulan B.

Di separuh akhir, Indonesia terlebih dulu turun men3ntang Thailand, meskipun berjaya memberi tentangan s3ngit, mereka akur dengan kekalahan 3-2 dengan Thailand beroleh jaringan kemenangan menerusi Kiatiyot Chalarmket – kekec3waan kedua.

Berlangsung selepas itu, perlawanan antara Malaysia dan Vietnam, yang berlangsung penuh mendebarkan dan berlanjutan sehingga tendangan penalti.

Menariknya pada perlawanan ini, Vietnam mendapat penyokong tambahan apabila kumpulan penyokong Indonesia yang kecewa beralih bersorak pula untuk mereka dan ‘boo’ pemain Malaysia terutama ketika tendangan penalti, .

Pemain Malaysia bagaimanapun menunjukkan kekuatan mental yang cukup hebat, tenang dalam setiap sepakan dan akhirnya mara ke final dengan keputusan 5-4 setelah Abu Haniffa Hassan menyempurnakan tendangan terakhir – kekec3waan ketiga.

Satu-satunya kegembiraan buat penyokong Indonesia di kejohanan ini adalah Malaysia tewas aksi final kepada Thailand dan pulang selaku naib juara. Manakala Indonesia menduduki tangga ketiga setelah menewaskan Vietnam.

1 Trackback / Pingback

  1. keto vs paleo diet

Comments are closed.