Penjaring Kedua Terbanyak Liga Super Bakal Menyarung Jersi Helang Merah ?

KUALA TERENGGANU: Bekas striker sensasi Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche hampir pasti menyarung jersi skuad Kedah dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Berita itu bertiup k3ncang lebih-lebih lagi selepas Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sah tidak menyambung kontrak dua peny3rangnya, Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez.

Menurut sumber, pemain berusia 32 tahun kelahiran Ivory Coast itu sudah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Kedah dan hasilnya p0sitif.

“Ya pemain itu (Tchetche) kini hampir pasti menjadi milik pasukan Helang Merah, kita tunggu dan lihat pengumuman rasmi daripada persatuan itu (KFA),” ujar sumber berkenaan.

Penjaring kedua terbanyak Liga Super musim lalu itu sebelum ini mengejutkan kem pasukan Terengganu FC (TFC) apabila bert!ndak menolak tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Difahamkan bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman yang mula menyarung jersi TFC sejak pertengahan 2017 menolak tawaran PBSNT dikatakan berpunca daripada tawaran gaji daripada badan induk bola sepak negeri itu.

“Musim ini anak bongsu daripada enam beradik itu adalah pemain paling mahal dalam skuad Penyu itu, namun langkah penjimatan yang diumumkan Presiden PBSNT bulan lalu mungkin ada kaitan dengan perkara itu.”

Sementara itu, Tchetche ketika diajukan mengenai penghijrahannya mengunci mulut dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Saya tidak lagi bersama TFC tetapi saya belum boleh maklum pasukan yang bakal diwakili musim depan, nanti saya akan maklumkan kemudian selepas semuanya selesai,” kata Tchetche.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.