Pengumuman Rasmi Hadi Fayyadh

Striker skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, Hadi Fayyadh Abdul Razak diumumkan secara rasmi sebagai seorang daripada 10 pemain baharu kelab Liga J3, Azul Claro Numazu untuk aksi musim 2021.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang di adakan di Pusat Latihan Azul Clara Nazumu di Wilayah Shizuoka, Jepun.

Dalam majlis pengenalan pemain baharu itu juga, Hadi Fayadh akan menggunakan jersi bernombor 27 untuk pasukan barunya itu.

Hadi berkata, pemilihan nombor itu sebagai simbolik kepada dirinya untuk menjadi lebih baik selangkah ke hadapan berbanding sebelum ini yang mana dia menggunakan nombor 28 bersama Fagiano Okayama.

Saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan ini bagi menghargai peluang yang diberikan. Saya tidak sabar memulakan aksi bersama pasukan Numazu dan mengharapkan segala yang terbaik bagi musim 2021.

Saya memilih jersi bernombor 27 selepas mendapat nasihat daripada Hiroshi Hamada (Pengarah Urusan Yakult Malaysia) yang mencadangkan kepada saya untuk memilih nombor ini sebagai simbolik yang saya sudah jadi lebih baik dari sebelum ini.

“Saya mengharapkan akan dapat beraksi bersama pasukan ini dan mengumpul minit bermain dengan lebih banyak,” katanya, hari ini.

Keputusan untuk meminjamkan Hadi bersama kelab itu dibuat selepas Fagiano Okayama melakukan perbincangan bersama Hadi dan Yakult Malaysia.

sumber : BH

Ia bagi memastikan Hadi mendapat minit perlawanan dan peluang beraksi yang lebih banyak dalam saingan liga, sekali gus memperoleh pengalaman berharga.